Kilang proses kelongsong peluru ditahan operasi

Kilang proses kelongsong peluru ditahan operasi

Kelongsong peluru yang diproses untuk mendapatkan tembaga pada operasi bersepadu di sebuah kilang logam yang beroperasi secara haram di kawasan Kampung Teluk Panglima Garang, Kuala Langat baru-baru ini. -UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah kilang pemprosesan e-waste yang turut memproses kelongsong peluru secara haram dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, premis itu disiasat di bawah Seksyen 18, kerana menjadi kemudahan penstoran luar tapak buangan terjadual tanpa mendapat lesen daripada Jabatan Alam Sekitar.

Katanya, tindakan juga diambil di bawah Seksyen 34A, kerana gagal mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling kepada JAS dan Seksyen 34B, kerana menempatkan buangan terjadual tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah Alam Sekitar.

“Dalam hal ini, premis telah diambil tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) ke atas mesin-mesin pengeluaran yang diguna pakai di dalam premis tanpa sebarang alat kawalan.

“Kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan juga akan disediakan atas semua kesalahan di bawah AKAS 1974,” katanya dalam kenyataan semalam.

Media sebelum ini melaporkan, polis merampas 50 tan guni mengandungi peluru dan kelongsong yang ingin dileburkan secara tidak sah dalam serbuan ke atas sebuah kilang memproses sisa elektronik atau e-waste di Teluk Panglima Garang di Se­langor, dua hari lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata, operasi dijalankan hasil risikan pihaknya terhadap kilang memproses sisa e-waste secara ha­ram melibatkan proses pele­raian serta pengasingan bahan berbahaya tanpa lesen sah.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, berdasarkan rekod JAS sehingga hujung tahun lalu, sebanyak 44 kilang e-waste yang beroperasi secara haram diambil tindakan dan sebanyak lapan kilang tersebut telah ditutup.

Pada masa sama, katanya, sebanyak 36 kilang sedang dalam tindakan proses perundangan di bawah AKAS 1974. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya