Kilang peluru, simbol anak watan berteknologi tinggi

Kilang peluru, simbol anak watan berteknologi tinggi

Al-SULTAN ABDULAH Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau kilang peluru automasi tinggi pertama di Malaysia milik Ketech Asia di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Pembinaan kilang peluru Ketech Asia Sdn. Bhd. (Ketech Asia) di Kampung Kechau Tui di sini bakal melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing dalam sektor pertahanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kilang peluru automasi tinggi itu menjadi kebanggaan rakyat Pahang dan simbol keupayaan anak watan untuk memajukan industri berteknologi tinggi.

Katanya, kilang berkeluasan 40.5 hektar itu bakal mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan dan teknikal.

“Peluang pekerjaan ini memberi keutamaan kepada penduduk tempatan di daerah Lipis dan kawasan sekitarnya, sekali gus meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat setempat.

“Pembinaan kilang peluru ini adalah idea Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri dan kerajaan negeri sebagai strategi dalam mengimbangi pembangunan ekonomi” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kilang berteknologi tinggi dan berprestij itu dirasmikan Al-Sultan Abdullah, Khamis lalu.

Menurut Mohd. Soffi, kilang peluru itu menjadi pemangkin pembangunan di sebelah Pahang Barat yang dilihat agak tidak seimbang berbanding kawasan Pahang Tengah dan Pahang Timur yang lebih jauh ke hadapan.

Beliau berkata, bagi mengimbangi pembangunan di seluruh Pahang, kerajaan negeri menubuhkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus untuk merancang dan melaksanakan projek ekonomi, sosial dan prasarana di kawasan berkenaan.

“Kawasan terbabit merangkumi beberapa daerah seperti Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highlands, Jerantut dan Bera yang mendapat perhatian bagi tujuan merancang pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya