'Khidmat Presiden Pas masih perlu' 

‘Khidmat Presiden Pas masih diperlukan’ 

 MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Khidmat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang masih diperlukan parti itu dan tiada sebab beliau mengundurkan diri daripada jawatan tersebut buat masa ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tahap kesihatan Abdul Hadi juga baik dan masih menjalankan tugas seperti biasa.

“Alhamdulillah, (Abdul Hadi) masih sihat dan pemikirannya juga sangat tajam. Tiada sebab untuk dia berundur ketika ini kerana beliau masih meneruskan tugas untuk mengetuai parti seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Polemik mengenai jawatan nombor satu parti tersebut semakin hangat diperkatakan dengan beberapa nama disebut-sebut layak untuk menggantikan Abdul Hadi.

Sebahagian pemerhati politik melihat pemilihan kali ini adalah masa yang tepat untuk menukar Presiden baharu sesuai dengan perkembangan terkini Pas yang semakin banyak dianggotai golongan profesional.

Abdul Khalil berkata, beliau menyedari banyak pihak luar yang sangat berminat mengikuti perkembangan semasa untuk pemilihan parti itu yang berlangsung sempena Muktamar Pas ke-71 di Kedah pada September ini. 

“Sepatutnya fokus diberi kepada parti-parti yang lain kerana prestasi Presiden Pas adalah lebih baik dari Presiden parti lain. Contohnya, Presiden UMNO sendiri sudah berapa kali tangguhkan pertandingan untuk jawatan parti tersebut,” katanya. – UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya