Keutamaan tahfiz tempatan jadi imam tarawih

Keutamaan tahfiz tempatan jadi imam tarawih

MASJID dan surau diminta memberi keutamaan kepada imam tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Masjid dan surau di Selangor tidak dibenarkan menggunakan khidmat imam dari luar negara untuk solat tarawih sepanjang Ramadan, ia merupakan keputusan sejak 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr. Mohammad Fahmi Ngah berkata, masjid dan surau diminta memberi keutamaan kepada imam tempatan.

Katanya, imam-imam boleh diambil daripada kalangan penuntut tahfiz tempatan di Selangor.

“Imam luar tidak dibenarkan dan larangan ini sudah memasuki tahun ke-10 pelaksanaannya, ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Terengganu dan Kelantan juga menguatkuasakan peraturan sama untuk solat tarawih.

Tambah Mohamad Fahmi, masjid dan surau diingatkan untuk menjemput penceramah yang memiliki tauliah sah di Selangor bagi menyampaikan ceramah sepanjang Ramadan.

Katanya, program Ihya Ramadan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah diteruskan tahun ini, dengan baginda berbuka puasa kira-kira 15 hari bersama rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya