Kes miliki senjata api ditangguh, tertuduh warga Indonesia tidak faham bahasa Melayu

Kes miliki senjata api ditangguh, tertuduh warga Indonesia tidak faham bahasa Melayu

DUA tertuduh warga Indonesia yang didakwa atas dakwaan memiliki senjata api tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Dua lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan memiliki senjata api di perairan Perai, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan salah seorang daripada mereka tidak memahami pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Februari depan untuk pertuduhan dibacakan semula dengan kehadiran jurubahasa.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang mempunyai pertalian keluarga itu tiba di mahkamah dengan dikawal anggota polis pada pukul 8.30 pagi.

Pada 31 Januari lalu, media melaporkan, Polis Pulau Pinang mengesahkan kegiatan penyeludupan senjata api yang ditumpaskan susulan penahanan empat lelaki dalam sebuah bot di perairan Perai disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Turut ditemukan bersama pelbagai senjata iaitu lima pucuk pistol, selaras raifal M4 dan 801 butir peluru.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, ia berdasarkan siasatan terperinci yang dilakukan terhadap keempat-empat lelaki tersebut termasuk dua daripadanya warga Indonesia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya