Kes kanak-kanak austisme cedera diputus sebagai NFA

Kes kanak-kanak austisme cedera diputus sebagai NFA

ANTARA kecederaan dialami kanak-kanak yang didakwa cedera ketika berada di sebuah taska di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Siasatan kes seorang kanak-kanak autisme yang didakwa cedera ketika berada di sebuah taska di Seksyen 7 di sini, 15 Januari lalu diputuskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan kes melibatkan mangsa berusia enam tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Ujarnya, polis meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan selepas Penasihat Undang-undang Selangor memutuskan NFA kerana tiada keterangan kukuh bagi meneruskan kes setakat ini.

“Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian tidak nampak mangsa dicederakan.

“Buat masa ini, tiada keterangan untuk teruskan siasatan dan jika terdapat bukti-bukti lain mana-mana saksi, polis akan teruskan siasatan dan merujuk ke timbalan pendakwa raya bagi arahan lanjut,” katanya.

Menurut Mohd. Iqbal, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 34 tahun iaitu ibu kanak-kanak itu pada pukul 11.18 pagi, 16 Januari lalu.

“Kejadian itu disedari bapa mangsa ketika mahu memandikan anaknya dan melihat kesan kemerahan di belakang badan mangsa dan bawah mata kanan, kira-kira pukul 9.30 malam.

“Selain itu, ibu mangsa memaklumkan anaknya tidak aktif dan kurang berinteraksi semasa diambil dari taska berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Siasatan mendapati mangsa yang mempunyai autisme ringan (mild autism) sukar berkomunikasi dan belajar di taska itu sejak 2022,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya