Kes enggan baca khutbah Jumaat JAIPk, polis terima dua laporan - Utusan Malaysia

Kes enggan baca khutbah Jumaat JAIPk, polis terima dua laporan

ZULKAFLI SARIAAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mengesahkan menerima dua laporan berkaitan kes khatib di negeri ini yang didakwa tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, laporan itu dibuat dua individu di Balai Polis Teluk Intan semalam, dan keterangan daripada mereka telah diambil berkaitan isu berkenaan.

“Setakat ini ada dua laporan polis dan kita telah rujuk laporan itu kepada JAIPk untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim membuat laporan polis mengenai tindakan seorang imam di sebuah masjid di Teluk Intan yang didakwa enggan membaca teks khutbah Jumaat disediakan JAIPk.

Laporan polis itu dibuat setelah imam terbabit mengakui membaca teks khutbah disediakan pada tahun 2023, bukan teks khutbah terkini.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung tindakan seorang khatib di sebuah masjid di Parit Buntar yang didakwa tidak membacakan teks khutbah Jumaat disediakan JAIPk sebaliknya membaca teks khutbah yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Tajuk teks khutbah Jumaat di semua masjid di Perak adalah ‘Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki’ manakala di Pulau Pinang pula bertajuk ‘Muhasabah di Bulan Sya’ban’.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Perak, Muhammad Rif’aat Razman melalui hantaran di Facebook mempersoalkan pemilihan tajuk khutbah itu yang dikatakan seakan menyinggung Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang juga bapanya.

Menurutnya, tajuk tersebut seolah-olah berkaitan dengan isu tuduhan fitnah Razman terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh baru-baru ini.

Katanya, peristiwa yang dekat dengan umat Islam ketika ini berkaitan Israk Mikraj dan kelebihan bulan Syaaban. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya