Kes denggi di Melaka turun 38.34 peratus - Utusan Malaysia

Kes denggi di Melaka turun 38.34 peratus

Ngwe Hee Sem menunjukkan peta Larian Lestari Machap Jaya 2025 selepas sidang akhbar di Kompleks Japerun Machap Jaya, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kes denggi di Melaka menunjukkan penurunan kepada 230 kes atau 38.34 peratus sehingga 15 Februari lalu atau minggu epid ketujuh berbanding 373 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Ngwe Hee Sem berkata, bagaimanapun berlaku peningkatan ketara daripada lapan kes minggu lalu kepada 38 kes minggu ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu Melaka Tengah mencatatkan kes tertinggi sebanyak 28 kes diikuti Jasin (7) dan Alor Gajah (3).

“Tiada kes kematian dilaporkan pada minggu ini dan kumulatif kes kematian di Melaka setakat ini adalah satu kematian.

“Sehingga minggu epid ketujuh sebanyak sembilan wabak dilaporkan berlaku di negeri ini dan terdapat tiga wabak yang dilaporkan masih aktif iaitu di Taman Kenanga, Limbongan dan Kampung Air Molek Darat.

“Secara keseluruhannya perbandingan dengan jumlah kes dan kadar insiden denggi di seluruh 

negara, Melaka berada di tempat kelima berbanding Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor,” katanya dalam sidang akhbar sempena Larian Lestari Machap Jaya di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Jaya di sini, semalam.

Tambah Hee Sem, sebanyak 13,107 premis telah diperiksa dengan 1,215 daripadanya atau 9.3 peratus dikesan positif pembiakan menerusi penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi.

Menurutnya, tujuh notis di bawah Seksyen 8 (2) telah dikeluarkan kepada pemilik premis agar menjalankan tindakan pembersihan ke atas bekas-bekas berpotensi pembiakan dalam tempoh tujuh hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya