Kes bunuh: Mahkamah perintah 13 pelajar Kolej Vokasional bela diri

Kes bunuh: Mahkamah perintah 13 pelajar Kolej Vokasional bela diri

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu membela diri bagi pertuduhan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan,17, yang merupakan pelajar di kolej sama.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes berkenaan selepas 25 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan saksi sepanjang kes pendakwaan, mahkamah memerintahkan kesemua tertuduh membela diri,” katanya.

Kesemua 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu antara pukul 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac 2024.

Kesemua pelajar itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim kemudian menetapkan 10 hingga 14 Mac ini bagi prosiding pembelaan. Pada prosiding itu nanti, mahkamah turut memberi tiga pilihan iaitu memberi keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abdul Latif, Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri manakala, 13 tertuduh diwakili peguam, Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, dan Chen Wen Jye. Lima tertuduh diwakili oleh Mohamed Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P Kang dan Kusni Ambotuwo. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya