Kertas siasatan dakwaan tipu dana babit isteri Along Cham diserah ke TPR

Kertas siasatan dakwaan tipu dana babit isteri Along Cham diserah ke TPR

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan membabitkan kes penipuan wang sebanyak RM95,180 yang dibuat isteri kepada pelakon dan pelawak, Along Cham dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan itu sudah diserahkan ke TPR dan wanita terbabit ketika ini berada dalam tahanan reman di Sabah untuk siasatan kes di negeri itu.

“Selesai siasatan di Sabah, suspek wanita itu akan diambil semula untuk dituduh di mahkamah membabitkan kes penipuan di Selangor,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita yang ditahan berhubung siasatan laporan kes penipuan RM95,180 yang dibuat isteri kepada pelakon dan pelawak Along Cham dikesan mempunyai lima rekod kes penipuan di empat negeri.

Hussein dilaporkan berkata, rekod yang dilaporkan melibatkan kes di Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Selangor.

30 Januari lalu, media melaporkan isteri Along iaitu Afreena Suhaimi tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika atas dakwaan menipu wang berjumlah RM95,180.

Afreena dilaporkan berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya