Kerjasama PKS, universiti bantu kukuh jenama, tembusi pasaran antarabangsa

Kerjasama PKS, universiti bantu kukuh jenama, tembusi pasaran antarabangsa

ANIS Permin bertukar dokumen dengan Mohd. Shafry Mohd. Rahim pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Haos Ek? dan UTM di UTM Skudai, Johor Bahru, Johor. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerjasama antara pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan universiti penyelidikan tempatan dapat membantu usahawan mengembangkan perniagaan, termasuk menembusi pasaran baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Haos Industries Sdn. Bhd. (Haos Ek?), Anis Permin berkata, kerjasama sedemikian juga mampu mengangkat jenama tempatan ke peringkat global.

“Kerjasama antara PKS dengan universiti tempatan akan membantu syarikat-syarikat ini menembusi pasaran global, dengan sasaran kami termasuk ke pasaran Thailand, Indonesia dan Mekah (Arab Saudi).

“Kerjasama kami dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menjadi permulaan bagi lebih banyak PKS bekerjasama dengan universiti tempatan pada masa depan. Perkara ini tidak asing bagi komuniti di luar negara,” katanya pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU),antara Haos Ek? dan UTM, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Prof. Dr. Zaini Ahmad.

Anis berkata, UTM akan memanfaatkan kemampuan mereka dalam teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk membantu Haos Ek? menggunakan teknologi digital terkini dalam perniagaan.

“Antara aspek terlibat termasuk bidang penyelidikan dan pembangunan, penggunaan mesin, analisis data dan teknologi maklumat,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Shafry berkata, kerjasama berkenaan merupakan komitmen UTM dalam menyokong syarikat tempatan mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Penyelidikan kami tidak hanya terhad di peringkat teori malah juga dapat diterjemah dalam penyelesaian teknikal yang memberi impak positif kepada industri dan masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya