JOHOR BAHRU: Gaji lumayan di Singapura menyebabkan lebih 900 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini tidak menduduki peperiksaan tersebut yang berakhir minggu lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, perkara itu amat membimbangkan kerajaan negeri kerana akan menyebabkan masalah keciciran dalam pelajaran akan terus berlarutan. Katanya, ibu bapa diminta memainkan peranan penting memastikan anak-anak menghabiskan pelajaran dengan kelulusan SPM. “Walaupun jumlah itu menurun berbanding tahun lalu, ia masih membimbangkan. Cuma cabaran kita, Singapura tidak pakai SPM sebagai kelayakan untuk ambil pelajar kita bekerja. “Justeru, pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya