Tiada unsur sabotaj, punca daripada kecuaian pemandu

Kereta rempuh tempat meletak kereta: Tiada unsur sabotaj, punca daripada kecuaian pemandu

KEJADIAN tempat meletak kereta di Hospital Serdang.-GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiada unsur sabotaj dikesan susulan insiden sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang nyaris terjatuh dari tingkat tiga bangunan parkir bertingkat Hospital Sultan Idris Shah, Serdang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pemandu kereta memaklumkan insiden itu berpunca daripada kecuaian sendiri.

Beliau berkata, mangsa lelaki berusia 39 tahun itu memaklumkan tertekan pedal minyak secara tidak sengaja dan hilang kawalan lalu melanggar tembok di aras 3B parkir bertingkat tersebut. 

“Kereta terlibat adalah jenis Honda WRV. Mangsa pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat. 

“Akibat kemalangan itu, tembok penghalang parkir pecah dan serpihan batu terkena pada sebuah kereta jenis toyota avanza yang berada di bawah parkir berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 dan boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan serta sabitan hendaklah direkodkan pada lesen memandu.

Media sebelum ini melaporkan beberapa gambar dan rakaman video mengenai insiden itu tular di media sosial.

Ia memaparkan sebahagian badan dan tayar hadapan kereta berkenaan yang sudah terkeluar dari bangunan terbabit.

Kejadian itu menggemparkan segelintir orang ramai yang kebetulan berada berhampiran lokasi terbabit yang mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya