Kerajaan salur RM35 juta dana dua program wakaf - PM

Kerajaan salur RM35 juta dana dua program wakaf – PM

ANWAR Ibrahim melakukan gimik peluncuran Bulan Wakaf Kebangsaan Tahun 2025 di PICC Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan peruntukan RM35 juta untuk menyokong dua program wakaf bagi menyokong ekosistem wakaf Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua program itu ialah program biasiswa wakaf pendidikan, MyWakaf PTPTN sebanyak RM30 juta dan RM5 juta pula disalurkan sebagai modal awal pembentukan entiti Permodalan Waqaf Nasional Berhad.

Beliau berkata, dana wakaf MyWakaf PTPTN akan diurus bersama Yayasan Wakaf Malaysia dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN).

“Hari ini kita meningkatkan lagi ikhtiar supaya lebih memberi kesan kepada kegiatan wakaf. Dalam Belanjawan 2025 saya umumkan wujudkan dana RM1 bilion permulaan wakaf Madani

“Kita mahu memberikan suatu pencerahan dan kesedaran kepada umat Islam bahawa wakaf itu harus menjadi suatu perkara yang dibudayakan,” katanya pada sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan

Program MyWakaf PTPTN ini telah dilancarkan pada tahun 2024 dan pengumuman RM30 juta ini merupakan suntikan baru tahun 2025 daripada kerajaan bagi tujuan membantu mahasiswa dalam kalangan asnaf, M40 dan B40.

Sebanyak RM5 juta pula adalah sebagai dana awal untuk mewujudkan Permodalan Waqaf Nasional Berhad yang sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Waqaf Nasional Berhad bagi tujuan menguruskan dana wakaf yang lebih besar khususnya dalam membantu pembangunan kewangan sosial Islam (waqaf, baitulmal, zakat).

Anwar berkata, kedudukan ekonomi umat Islam itu bukan petanda keupayaan tetapi kesedaran dan sikap semangat untuk memberikan sumbangan kekal melalui wakaf bukan sahaja mengaut kekayaan.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak akan mengenepikan tanggungjawab pemerintah untukmenggunakan dana dengan bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kuasa atau menggunakan kedudukan untuk memperkayakan diri.

“Ratusan juta di sana, ratusan juta ringgit di sini (kaut kekayaan). Jadi kalau tanya saya, maka saya harap dalam beberapa tahun kita dapat hentikan gelagat ini.

“Seluruh jentera kerajaan, majlis-majlis agama atau pendakwah memberikan kesedaran bahawa dalam Islam ini bukan sekadar kamu harus ‘menyakau’ harta, tetapi harta yang kamu ada itu harus kamu mampu mewakafkan,” katanya.

Anwar berkata, tidak mungkin kita mengharapkan masyarakat yang bergaji rendah untuk memberikan sumbangan wakaf tetapi membiarkan orang kaya berbilion ringgit harta terus dibiarkan mengaut kekayaan.

“Bagaimana mungkin dalam sistem pengurusan negara dan tatakelola kita mohon orang yang gajinya RM3,000 minta didermakan RM100 atau wakaf RM100. Dan orang yang kaya mencuri ratusan juta ringgit pula dibiarkan sahaja perkara itu.

“(Sebagai Perdana Menteri) saya tidak akan biarkan orang rompak kekayaan negara. Sedaya upaya, saya akan cuba membersihkan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya