Kerajaan kaji semula projek tebatan banjir, fokus kos efektif - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji semula projek tebatan banjir, fokus kos efektif

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti semula urusan pelaksanaan projek tebatan banjir termasuk pengambilan tanah dan proses reka bentuk.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu untuk mempercepat tempoh penyelesaiannya dengan kos yang lebih efektif.

Jelasnya, projek tebatan banjir dijangka boleh disegerakan sehingga seawal 12 bulan berbanding tempoh asal penyiapan projek membabitkan kerjasama semua pihak.

“Kementerian komited melaksanakan projek mitigasi banjir bagi menangani risiko banjir yang semakin meningkat, terutama di kawasan terdedah kepada bencana.

“Justeru, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meneliti pendekatan untuk menyegerakan projek dengan tempoh dan kos lebih efektif,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Alias Razak (PN-Kuala Nerus) mengenai perincian tindakan bagi menyegerakan projek tebatan banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya