Kerajaan jumpa Tik Tok sekatan akaun agensi media

Kerajaan jumpa Tik Tok sekatan akaun agensi media

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pengendali platform media sosial Tik Tok bagi memperincikan skop kandungan dan pelaporan berita melibatkan semua agensi media.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perbincangan bertujuan menangani isu sekatan akaun Tik Tok agensi media yang memaparkan kandungan berita dalam skop tertentu. 

Katanya, perbincangan itu juga turut melibatkan kelonggaran dan perincian perbezaan status antara akaun agensi media dan persendirian.

“Kadang-kadang laporan media berbeza dengan kandungan masyarakat biasa.

“Jadi saya telah minta satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat bagi memperhalusi akaun Tik Tok oleh media agat tidak dikenakan tindakan di masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Pelancaran Program ‘AI In The Newsroom Course’ di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu sekatan yang dikenakan Tik Tok terhadap 18 akaun milik agensi media semalam. 

Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa sekatan terhadap semua akaun tersebut disebabkan laporan kes pencabulan sebelum ini. 

Bagaimanapun katanya, laporan media di akaun Tik Tok tidak melanggar garis panduan penyiaran berita. 

“Kita telah berhubung dengan pihak atasan Tik Tok dan mereka juga maklumkan Kecerdasan Buatan(AI) Tik Tok telah dipertingkatkan. 

“Saya nampak ada peluang agar diberi kelonggaran dan status berbeza untuk media.Tambahan pula media ada peraturan dan garis panduan sendiri,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya