PETALING JAYA: Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mahu kerajaan melaksanakan segera pengisytiharan harta membabitkan anggota pentadbiran kerajaan seperti yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) pada 6 Julai 2023. Pengisytiharan harta itu perlu membabitkan menteri, timbalan menteri dan semua setiausaha politik di seluruh kementerian. Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata, setelah setahun mesyuarat JKKMAR berlalu namun masih tidak ada perkembangan jelas berhubung pelaksanaan inisiatif tersebut oleh kerajaan. Katanya, kelewatan pelaksanaannya memberi isyarat negatif kepada rakyat, seolah-olah kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran. “Pengisytiharan harta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya