Kerajaan belanja RM3,150 untuk latih setiap seorang peserta PLKN 3.0

Kerajaan belanja RM3,150 untuk latih setiap seorang peserta PLKN 3.0

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM3,150 untuk melatih seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 selama 45 hari.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kos yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi setiap pelatih PLKN 3.0 adalah sebanyak RM70 untuk sehari.

Menurut beliau, jumlah kos tersebut meliputi pelbagai keperluan asas pelatih sepanjang menjalani program itu iaitu termasuk sajian, insurans, elaun perjalanan, pakaian kemeja dan sukan.

“Pendekatan ini menunjukkan kecekapan kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan di samping memastikan kebajikan pelatih sentiasa terpelihara,” katanya menerusi jawapan bertulis, hari ini.

Beliau menjawab soalan dari Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang membangkitkan perincian memulakan semul PLKN daripada segi kos pelaksanaan, operasi serta anggaran perbelanjaan kerajaan bagi setiap seorang pelatih.

Sebelum ini, dilaporkan PLKN 3.0 bakal bermula Januari ini secara berperingkat di 13 kem tentera terpilih membabitkan individu berusia antara 16 hingga 35 tahun.

Buat permulaan, seramai 116 pelatih tamat menjalani PLKN 3.0 Siri 1/2025 selepas menyertai latihan itu sejak 12 Januari lalu.

Sepanjang tempoh 45 hari itu, kesemua 73 pelatih lelaki dan 43 wanita terbabit diberi pendedahan ilmu pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul kenegaraan serta asas ketenteraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya