Kepulangan berdarah Sharon Tate - Utusan Malaysia

Kepulangan berdarah Sharon Tate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHARON TATE merupakan aktres Hollywood pada era 60-an yang hampir memenangi anugerah Golden Globe pada tahun sebelumnya.

Namun, langkah aktres kelahiran Texas ini di Hollywood ternoktah apabila mendiang dibunuh kejam pada tahun 1969.
Tate dilahirkan pada 24 Januari 1943 dan merupakan anak kepada pegawai tentera, Paul James Tate manakalanya ibunya, Doris merupakan suri rumah tangga yang membesarkan tiga cahaya mata.

Di usia remajanya, Tate aktif menyertai pertandingan ratu cantik dan pernah dinobatkan Miss Richland di Washington ketika umurnya mencecah 16 tahun.

Aktres ini juga aktif dalam bidang peragaan dan pernah diabadikan sebagai sampul hadapan majalah Stars and Stripes.

Kerjaya lakonannya bermula ketika dia dan keluarganya berpindah ke Itali. Ketika itu, dia hanyalah budak hingusan yang sering melakonkan watak-watak tambahan dalam beberapa buah filem.

Kerjayanya sebagai pelakon berkembang apabila dia berpindah ke Los Angeles ketika berusia 19 tahun dan bekerjasama dengan penerbit, Martin Ransohoff.

Anak sulung dalam tiga beradik ini semakin dikenali masyarakat apabila dia muncul sebagai pelakon sampingan dalam beberapa rancangan televisyen antaranya The Beverly Hillbilies dan Mister Ed.

Pada 1966, Tate menerima tawaran watak utama sulungnya menerusi filem seram, Eye of the Devil .

Pada tahun itu juga Tate bertemu suaminya, Roman Polanski, seorang pembikin filem yang mempelawanya membintang filem seram komedi, The Fearless Vampire Killers.

Polanski turut berlakon dalam filem itu, membawa watak kekasih kepada Tate.

Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan istimewa, Tate dan Polanski disatukan sebagai suami isteri pada Januari 1968 dalam sebuah majlis istimewa di London.

Karier lakonan Tate semakin bersinar pada tahun yang sama apabila dia tercalon dalam kategori Pelakon Harapan bagi Anugerah Golden Globe.

Pada tahun sama, Tate hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Polanski. Kedua-duanya memutuskan untuk berpindah ke Benedict Canyon di Los Angeles.

INSIDEN TRAGIS MERAGUT NYAWA

Tarikh 8 Ogos 1969 menyaksikan pengakhiran tragis menyayat hati Sharon Tate yang menjadi mangsa pembunuhan kejam yang didalangi penjenayah berprofil tinggi, Charles Manson.

Tate dan beberapa rakan termasuk Sebrings, 35, Folger, 26 dan Frykowski, 37, sebelum kejadian, menghadiri makan malam di El Coyote Cafe yang merupakan restoran kegemaran aktres tersebut di Los Angeles.

Mereka pulang ke rumah Tate di Beverly Hills sekitar lewat malam.

Kediaman Tate tidak lama selepas itu dipecah masuk tiga penjenayah yang diketuai Charles Manson. Mereka merupakan kumpulan penjenayah dan pengikut ajaran sesat yang bergerak aktif di

California sekitar penghujung 60-an dan awal 70-an.

Berdasarkan testimoni mahkamah ketiga-tiga penjenayah itu mengarahkan Tate dan rakan-rakannya berpindah ke ruang tamu sebelum menembak mati Sebrings dan menjerut lehernya bersama aktres berkenaan.

“Mereka merayu agar tidak dibunuh dan berjanji tidak akan melaporkan perkara itu kepada polis,” kata salah seorang pelaku, Susan Atkins.

Tate dalam kejadian itu ditikam 16 kali sehingga mati. Aktres berkenaan, ketika berhadapan maut, berusia 26 tahun dan sedang hamil anak pertamanya.

Dua rakan Tate, Frykowski dan Folger juga maut ditikam ketika cuba melarikan diri. Mayat mereka dibiarkan bergelimpangan di perkarangan rumah aktres tersebut.

Susan Atkins, sebelum meninggalkan lokasi kejadian, sempat menulis perkataan ‘khinzir’ menggunakan darah Tate di pintu masuk kediaman aktres tersebut.

Insiden berdarah itu hanya disedari oleh pembantu rumah Tate ketika dia datang ke lokasi kejadian pada keesokan harinya.

MOTIF PEMBUNUHAN

Berdasarkan laporan Vincent Bugliosi dan Curt Gentry menerusi buku Helter Skelter: The True Story of The Manson Murders, Manson telah menerima arahan daripada pihak tertentu untuk melakukan beberapa siri pembunuhan untuk mencetuskan perang kaum di Amerika Syarikat. Senario itu dinamakan pelaku sebagai Helter Skelter.

Siri pembunuhan itu bermula pada Julai 1969 membabitkan pemuzik Gary Hinman.

Sehari selepas Sharon Tate dan rakannya dibunuh, pasangan yang juga peniaga kecil-kecilan, Leno LaBianca dan isterinya, Rosemary turut menjadi mangsa apabila mereka dibunuh di sebuah rumah dekat Los Feliz, di sini.

Manson turut membunuh pelakon lagak ngeri, Donald Shea sebelum dia dan beberapa pelaku lain diberkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya