‘Sekolah mesti menjadi tempat penuh harapan’

‘Kepada anak-anak, selamat kembali menimba ilmu’

ANWAR Ibrahim mengadakan lawatan mengejut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru di Kuala Lumpur.-FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekolah seharusnya menjadi tempat yang selamat, selesa dan penuh harapan kerana bidang pendidikan merupakan pintu kejayaan bagi setiap rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebagai pemimpin mahu persekitaran dan keadaan sekolah yang baik dan selesa buat anak-anak.

Katanya, sebagai pemimpin di samping guru dan ibu bapa masing-masing mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengalas tanggungjawab demi kejayaan anak bangsa.

“Justeru, sekolah mesti menjadi tempat yang selamat, selesa dan penuh harapan kerana pendidikan adalah pintu kejayaan. 

“Dan di sebalik setiap harapan, ada tanggungjawab yang kita sebagai pemimpin, guru dan pendidik serta ibu bapa, genggam dan pikul bersama demi kejayaan anak bangsa.

“Kepada anak-anak yang memulakan hari pertama persekolahan hari ini, selamat kembali menimba ilmu,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Anwar melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi meninjau sendiri keadaan dan suasana hari pertama persekolahan serta dedikasi serta kecekalan para pendidik bersungguh-sungguh membentuk masa depan bangsa dan negara. 

Menyentuh kunjungan itu, Anwar berkata, beliau kembali ke bilik darjah bukan sebagai guru, tetapi sebagai seorang pemimpin yang mahukan persekitaran dan keadaan sekolah yang baik dan selesa buat anak-anak bangsa.

Selain itu, beliau berpeluang mendengar suara dan keluhan guru, ibu bapa termasuk para pelajar.

“Dalam kunjungan mengejut dan singkat tersebut, saya luangkan masa mendengar kerana perihal pendidikan bukan sekadar buku teks dan peperiksaan, tetapi soal membina impian, menerjah peluang, dan mencorak harapan.

“Saya sempat menghimbau saat berdiri di hadapan mahasiswa di Georgetown University, Washington DC di tahun-tahun lampau, yakni betapa besarnya peranan seorang guru dan pendidik dalam membimbing bukan sahaja dengan ilmu, tetapi dengan kasih sayang, sikap ihsan yang terdalam, contoh teladan dan hikmah. 

“Sudah tentu sekolah dan universiti adalah dua persekitaran yang berbeda, namun semangat mencurah bakti adalah yang sama,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya