Kematian Kim Sae-ron meragukan, polis teruskan siasatan - Utusan Malaysia

Kematian Kim Sae-ron meragukan, polis teruskan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Korea Selatan, Kim Sae-ron ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-ru, Seoul, semalam.

Difahamkan mendiang ditemui rakannya sekitar pukul 4.50 petang dalam keadaan sudah tidak lagi bernyawa sekali gus mencetus pelbagai spekulasi.

Polis Seoul mengesahkan insiden tersebut dan mendedahkan siasatan awal menunjukkan tiada tanda rumahnya diceroboh.

Malah, pasukan perubatan masih belum mengeluarkan sebarang laporan berhubung punca kematian pelakon itu sehingga kini.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tetap meneruskan siasatan lebih terperinci sebelum mengesahkan sebarang perkembangan.

Terdahulu, Sae-ron telah memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem A Brand New Life seawal usia sembilan tahun pada tahun 2009.

Namun, kali terakhir pelakon itu membintangi drama bersiri, Bloodhounds pada tahun 2023 terbitan Netflix.

Sebelum ini, pelakon itu pernah terlibat dalam insiden kemalangan yang mengakibatkan kerosakan harta awam di Gangnam, Seoul sekitar Mei 2022.

Berikutan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, beliau dikenakan denda sebanyak 20 juta won atau RM70,000 pada April 2023.

Impak kesalahan dilakukan, kerjaya lakonannya dikatakan terhenti malah dirinya juga didakwa mula tidak kelihatan di mana-mana acara.

Pada April tahun lalu, dia cuba kembali ke dunia lakonan dengan mengambil bahagian pada satu pementasan tetapi menarik diri bersama alasan mempunyai masalah kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN