Kelapa, santan naik harga: KPDN keluar 47 notis kepada peniaga

Kelapa, santan naik harga: KPDN keluar 47 notis kepada peniaga

Kelapa, santan naik harga: KPDN keluar 47 notis kepada peniaga. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 47 notis ke atas peniaga kelapa dan santan kelapa yang didapati menaikkan harga.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, tindakan itu dilaksanakan di bawah seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] dengan sebanyak tiga kertas siasatan dibuka ke atas peniaga yang disyaki melakukan kesalahan di bawah akta terbabit.

Kata beliau, sebanyak dua buah syarikat pengeluar santan diarahkan hadir memberikan keterangan susulan pengumuman kenaikan harga oleh kedua-dua syarikat tersebut.

“KPDN akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pengguna tidak terbeban dengan kenaikan harga tersebut.

“KPDN juga memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, individu yang didapati melakukan kesalahan berkaitan pencatutan boleh diambil tindakan di bawah akta tersebut.

Jelasnya, pihak yang didapati mencatut, sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi pertubuhan perbadanan.

“Manakala bagi individu pula, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya