KANGAR: Pertandingan congkak membabitkan golongan wanita di Kampung Lubok Merbau Pedu meriah sekali gus mengembalikan nostalgia permainan tradisional itu.
Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM200, tempat kedua RM100 dan tempat ketiga RM50 selain hadiah saguhati.
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis dengan pertandingan tersebut turut diadakan di pekarangan rumah beliau.
Kamarul Azman juga menyampaikan sumbangan beras kepada para peserta.
“Aktiviti itu bagi merapatkan lagi ukhwah silatulrahim bersama masyarakat dan bersempena menyambut Ramadan.
“Semoga kejohanan ini dapat mengimbau kembali kenangan dan nostalgia zaman dahulu,” katanya.-UTUSAN