Kegiatan sindiket kripto curi elektrik tumpas

Kegiatan sindiket kripto curi elektrik tumpas

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Polis melumpuhkan sindiket perlombongan haram mata wang kripto bitcoin dalam Op Lektrik di Taman Sejati, Kampung Wakaf Baru, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,  Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)  melakukan serbuan di premis tersebut pada pukul 3 pagi.

Katanya, hasil serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik bagi tujuan perlombongan mata wang kripto Bitcoin.

“Suspek dikesan mencuri elektrik dengan melakukan penyambungan elektrik secara haram dengan nilai kerugian besar kepada TNB,” katanya ketika dihubungi semalam.

Azli berkata, polis turut merampas sebanyak 12 unit mesin perlombongan bitcoin, 12 unit alat penyejuk mesin bitcoin, komputer dan telefon bimbit yang bernilai keseluruhan sebanyak RM15,600.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 427 KK dan 37 Akta Bekalan Elektrik 1990,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya