Kedutaan Besar Indonesia dibenarkan bertemu warganya di hospital 

Kedutaan Besar Indonesia dibenarkan bertemu warganya di hospital 

SAIFUDDIN NASUTION
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur diberi kebenaran untuk bertemu warganya yang sedang dirawat di Hospital Serdang dan Hospital Klang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, kebenaran itu diberikan selepas pihak kedutaan Indonesia menghubungi pihaknya.

“Disebabkan ia melibatkan warga Indonesia, pihak kedutaan Indonesia menghubungi Malaysia untuk mendapatkan akses bertemu dengan rakyatnya.

“Jadi kita benarkan pertemuan mereka di hospital, mereka masih lagi dalam status tahanan reman dan kita tahan mereka bagi tujuan siasatan,” katanya ​​pada sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Saifuddin Nasution berkata siasatan terhadap kes tembakan dilepaskan anggota Maritim Malaysia terhadap warga Indonesia dalam kejadian di perairan Pulau Carey, baru-baru ini dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Ia termasuk Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).

“Tapi saya hendak sebutkan adalah siasatan masih awal dan kita tidak menolak kemungkinan apabila kita semakin menyoal siasat mereka yang ditangkap atau cedera berdasarkan bentuk siasatan kes, ia boleh membawa kepada dibuka kertas siasatan dengan (terkait) penyeludupan dadah dan senjata.

“Kita tidak menolak kemungkinan dibuka siasatan nanti berasaskan seksyen-seksyen lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya