Kedudukan saya masih di lantai, mungkin bawah tanah - Fiza Frizzy - Utusan Malaysia

Kedudukan saya masih di lantai, mungkin bawah tanah – Fiza Frizzy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Tak baik. Kak Lina Pom Pom atau Elly Mazlein itu kedudukannya di atas dan saya ini dekat lantai. Mungkin di bawah tanah.”

Demikian respons spontan pengacara, Fiza Frizzy yang enggan dirinya dibandingkan dengan pengacara lain termasuklah, Elly Mazlein.

Kata Fiza, cara penyampaiannya masih lagi di tahap rendah jika mahu dibandingkan dengan mereka yang sudah mempunyai karakter tersendiri dalam bidang pengacaraan

“Jangan bandingkan sebab Elly miliki karakter. Rina Nose dan Sherry Alhadad juga ada karakter masing-masing. Lagipun, saya bukan pelakon, jadi saya belum ada karakter,” katanya.

Fiza berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Ramadan Unifi TV, di sini, baru-baru ini.

Kekal merendah diri, Fiza juga memaklumkan dirinya terbuka untuk menerima kritikan dan perbaiki cara pengacaraannya meskipun sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang itu

“Saya sangat takut jika ada yang mahu membandingkan dengan pengacara lain. Walaupun sudah 12 tahun bergelar pengacara, saya tetap anggap diri masih baharu.

“Mungkin saya belum bertemu dengan rakan gandingan yang boleh mendukung saya kerana itu adalah percubaan pertama.

“Mana tahu, kalau ada tawaran lagi untuk bergandingan dengan Haniff, Hamzah, mungkin lagi 10 atau 15 tahun, saya boleh berada bersama kelompok ini. Tapi, bukanlah sekarang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya