Kedai nasi campur terbakar

Kedai nasi campur terbakar

KEADAAN warung tersebut selepas api berjaya dipadamkan BBP Cheras pada pagi tadi - PGO Kuala Lumpur
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah warung menjual aneka jenis makanan di Taman Bukit Segar mengalami kemusnahan kira-kira 40 peratus selepas terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada pukul 7.19 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi, Mohd. Faiz Zulhakim Mohammed Wadzir berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati kebakaran melibatkan bahagian dapur restoran.

“Tindakan pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera bomba. Kebakaran berjaya dikawal dengan kemusnahan dianggarkan sekitar 40 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pemadaman melibatkan lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Cheras. Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya