Kebocoran gas punca letupan di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar

Kebocoran gas punca letupan di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar

PASUKAN bomba dan TNB melakukan pemantauan di lokasi berlakunya letupan di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar. Port Dickson, malam tadi.-GAMBAR/ IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kejadian letupan di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar Port Dickson malam semalam adalah berpunca daripada kebocoran gas pada unit kuasa 2A di kawasan talian paip yang melibatkan gas neutral.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima panggilan dari stesen tersebut berhubung kejadian letupan kira-kira pukul 9.09 malam dan tiba ke lokasi yang berjarak satu kilometer dua minit kemudian.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan penilaian awal di lokasi bagi mencari punca letupan dan mendapati letupan melibatkan kebocoran gas.

“Letupan tidak melibatkan mangsa dan bacaan oksigen di luar bangunan adalah 20.8 selain stesen janakuasa tersebut menggunakan tenaga gas turbin,” katanya dihubungi di sini.

Malam semalam, penduduk  di daerah ini dikejutkan dengan bunyi letupan dan gegaran kira-kira pukul 9 malam.

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan di akaun media sosial mereka hari ini memaklumkan kejadian kebakaran di kawasan tersebut telah dipadam dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan kepada warga kerja TNB mahupun orang awam.

“TNB sedang bekerjasama dengan pihak bomba untuk meneruskan siasatan. Langkah kawalan keselamatan telah diambil dan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan. 

“Secara keseluruhan operasi stesen janakuasa berada dalam keadaan terkawal,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya