Kari kepala ikan RM5 di Teruna Ikan Bakar

Kari kepala ikan RM5 di Teruna Ikan Bakar

MAZURA Jaafar menunjukkan ikan cencaru sumbat dan kari kepala ikan yang dijual di Restoran Teruna Ikan Bakar, Alor Setar, Kedah. - UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pemilik restoran di Kampung Jalan Langgar di sini menjual hidangan kari kepala ikan cuma pada harga RM5 berbanding RM18 kebiasaan, sepanjang cuti sekolah ini.

Pemilik Restoran Teruna Ikan Bakar, Mazura Jaafar, 45, selain menu itu cencaru sumbat juga dijual pada harga RM4.50 seekor berbanding RM10 hingga RM12 sebelum ini.

“Tujuan kami untuk meraikan pelanggan terutama pada cuti persekolahan ini. Semua boleh datang ke sini untuk menikmati menu tersebut dengan harga lebih murah daripada asal.

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan daripada pelanggan setiap hari sepanjang cuti persekolahan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Mazura memberitahu, beliau memperkenalkan harga murah itu sejak tahun lalu dan mendapat sambutan menggalakkan.

Ujarnya, restorannya dibuka bermula pukul 9 pagi sehingga 4 petang setiap hari kecuali Selasa.

“Memang untung tidak banyak kerana bahan mentah mahal sekarang seperti ikan cencaru yang naik dua kali ganda tahun ini berbanding tahun lalu. Terdapat lebih 50 jenis masakan, di samping menu harga murah tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya