Kapal tangki bersauh tanpa kebenaran di Klebang

Kapal tangki bersauh tanpa kebenaran di Klebang

SEBUAH kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran ditahan Maritim Malaysia di perairan Klebang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tindakan berani sebuah kapal tangki yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Klebang di sini, awal pagi tadi mengundang padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, kapal itu dikesan sekitar pukul 12.30 pagi ketika bersauh kira-kira 1.0 batu nautika barat daya Klebang tanpa kelulusan Pengarah Jabatan Laut.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kami turut mendapati bahawa buku pelaut kru kapal telah tamat tempoh. Susulan itu, kapal ditahan sekitar pukul 1 pagi. 

“Nakhoda dan ketua jurutera kapal yang merupakan warga Indonesia turut dibawa ke Jeti Maritim Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah Norrimi, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan tindakan undang-undang bakal diambil sekiranya mereka didapati bersalah.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan perairan negara. Semua pengendali kapal perlu mematuhi undang-undang bagi mengelakkan tindakan tegas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya