Kanye West ‘unfollow’ semua orang di Instagram kecuali Taylor Swift - Utusan Malaysia

Kanye West ‘unfollow’ semua orang di Instagram kecuali Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, Kanye West atau Ye, mencuri tumpuan apabila tidak lagi mengikuti sesiapa di Instagram rasmi miliknya kecuali selebriti terkenal, Taylor Swift. 

Penyanyi Stronger itu melakukan tindakan tersebut beberapa jam sahaja sebelum acara berprestij Anugerah Grammy ke-67 berlangsung malam ini.

Ye dan Taylor Swift mempunyai sejarah yang panjang dalam perjalanan mereka sebagai seorang artis baik kerjaya mahupun perhubungan. 

Hubungan dingin dua selebriti itu bermula pada Anugerah VMAs 2009 apabila Ye menyampuk ucapan kemenangannya Taylor dengan mengatakan Beyonce lebih layak memenangi anugerah tersebut.

Tidak berhenti di situ, Ye terus menyindir Taylor menerusi lagunya ‘Famous’ dengan melabel penyanyi Cruel Summer itu sebagai seorang manipulatif. 

Ramai berteka-teki apakah yang bakal dilakukan Ye selepas ini memandangkan penyanyi itu gemar mencetuskan drama. 

Tidak hanya itu, ramai peminat berharap bahawa ini merupakan petanda baik kerana sudah masanya dua selebriti itu berdamai dan melakukan kolaborasi.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya