Kanak-kanak tujuh tahun lemas dalam kolam renang kondominium

Kanak-kanak tujuh tahun lemas dalam kolam renang kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dilaporkan lemas ketika mandi di kolam renang sebuah kondominium di Puchong di sini, Ahad lalu.

Mangsa dikatakan mandi di kolam renang dewasa sebelum lemas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, mangsa bersama keluarganya dari Kampung Beserah, Kuantan, Pahang berada di kondominium itu untuk bercuti.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 2.30 petang daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang memaklumkan menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sebelum tiba di hospital itu.

“Siasatan mendapati, mangsa bersama ahli keluarganya telah mandi di kolam renang itu sekitar pukul 11.30 pagi dan tanpa pengetahuan keluarga, mangsa telah masuk ke kolam renang dewasa sebelum lemas,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Norhizam, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa maut akibat lemas.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Satu kertas siasatan kematian mengejut (SDR) turut dibuka berkenaan insiden itu,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya