‘Kami terpaksa tumpang tandas jiran’

‘Kami terpaksa tumpang tandas jiran’

MOHD. Nazree Mohd. Yunus (tengah) bertemu pasangan suami isteri yang tinggal di sebuah rumah uzur di Kampung Ulu Chembong, Rembau-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Lantaran pendapatan tidak mencukupi, sepasang suami isteri dan anak mereka berusia tiga tahun hanya mampu tinggal di sebuah rumah uzur dan hanya menunggu masa untuk roboh.

Anis Elam, 35, membawa keluarga itu tinggal di rumah usang peninggalan ibunya itu yang terletak di Kampung Ulu Chembong, di sini, sejak tiga tahun lalu kerana tidak mempunyai rumah lain untuk berlindung.

Dia yang hanya be­kerja kampung dengan mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan hanya RM400 sebulan, tidak mampu menyewa rumah yang lebih selesa.

“Saya tidak mampu buat kerja berat sebab saraf tangan putus akibat kemalangan 15 tahun lalu.

“Dengan pendapatan yang ada ditambah duit bantuan orang kurang upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450, rumah uzur ini sahaja tempat kami berlindung.

“Rumah ini akan banjir sekiranya hujan lebat kerana atap bocor, selain papan dinding reput dan berlubang dek anai-anai,” katanya ditemui pada program Ziarah Prihatin Bersatu Rembau di Kampung Ulu Chembong, di sini.

Isterinya, Norshima Sekil Abdullah, 36, berharap agar rumah didiaminya sekeluarga dapat dibaik pulih.

“Sejak tinggal di sini, kami terpaksa menum­pang tandas jiran dan ada kalanya ke sungai dan tandas pam minyak sebab rumah kami duduki ini hanya ada tempat mandi sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Rembau, Mohd. Nazree Mohd. Yunus berkata, bumbung rumah berkenaan dibaiki kerana bocor sehingga menyebabkan dalam rumah banjir, malah tiang dan dinding rumah juga perlu diganti kerana terlalu uzur dan mereput. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN