Kami tak rujuk, tak kahwin - Noor Nabila - Utusan Malaysia

Kami tak rujuk, tak kahwin – Noor Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kami tidak rujuk, tidak kahwin. Kami hanya kawan dan profesional. Jangan jadi netizen bodoh, jadi netizen cerdik.”

Demikian respons usahawan, Noor Nabila tegas menempelak dakwaan dia dan pelakon, Sharnaaz Ahmad sudah kembali rujuk hanya kerana mereka dilihat mesra bercuti bersama di French Alps, Perancis.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Nabila atau nama lengkapnya, Noor Nabila Mohd Noor, 40, sempat memberikan teguran tersebut kepada segelintir netizen yang disifatkan gemar membuat spekulasi tanpa usul periksa.

Kurang senang hubungan baiknya dengan Sharnaaz terus disensasikan, Nabila turut menganggap sesetengah netizen lebih gemar melihat pasangan yang sudah bercerai saling berbalah dan bermusuhan.

“Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri bergaduh dan muat naik dalam media sosial. Yang elok macam kami, macam-macam fitnah.

“Serabut! Sharnaaz masih single dan mahu cari bini, Jayden (anak mereka) mahu adik. Jadi netizen tak payahlah komen benda yang menyerabutkan mata,” katanya.

Setuju dengan kenyataan kakak kepada selebriti Neelofa itu, rata-rata warganet memuji kematangan Nabila dan Sharnaaz dalam menjaga hubungan baik demi anak mereka, Jebat Jayden.

“Betul, lebih baik berterus terang. Nanti tak sudah kena gosip. Kawan pun salah, gaduh pun salah,” kata seorang pengguna media sosial.

“Baguslah Nabila dan Sharnaaz. Asalkan anak bahagia, itu lebih penting,” tulis netizen lain.

Untuk info, Noor Nabila dan Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 7.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya