Kami pilih untuk berdamai, itu lebih tenang - Jay Iswazir - Utusan Malaysia

Kami pilih untuk berdamai, itu lebih tenang – Jay Iswazir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUM[PUR: Pelakon, Jay Iswazir, 43, mengakui dirinya kini lebih tenang selepas  berdamai bekas isteri, Fatimah Azzahra Ahmad.

Kata Jay, keputusan itu merupakan jalan terbaik demi menjaga keharmonian selain tidak mahu memanjangkan kemelut yang berlaku antara mereka.

“Apa yang saya boleh katakan, kami pilih untuk berdamai. Sepatutnya perkara yang berlaku sebelum ini adalah terlalu peribadi. Saya berjaya ambil langkah untuk kami berdua mengenang balik apa yang berlaku.

“Alhamdulillah dia setuju berdamai dengan saya. Hebahan itu tak dibuat bukan sebab berniat nak memenangkan mana-mana pihak. Kami berharap mereka di luar sana mendoakan yang terbaik sebab saya percaya semua orang lakukan kesalahan.

“Terpulang bagaimana kami melihat kembali kesalahan itu sama ada menyedarkan atau membalas semula.

“Selepas berdamai saya rasa lebih tenang. Kami saling mendoakan dan sangat lega,” katanya.

Mengakui kemelut yang berlaku menjadikan mereka lebih matang, pelakon filem Dajal: Satu Malam Dipedajal itu berlapang dada dan tidak menyimpan dendam dengan bekas isterinya itu.

“Saya tidak menyimpan dendam, Saya belajar fitrah lelaki dan perempuan daripada semua ini. Walaupun perit tapi menjadi satu pengajaran terbesar dalam hidup saya. Secara jujurnya hal berkaitan buka aib itu buat saya terkilan.

“Namun daripada memilih menyalahkan pasangan, saya pilih untuk diam dan refleks balik kesalahan diri dan fikir semula mengapa Allah beri saya ujian ini,” jelasnya.

Ditanya sama ada jalan berdamai ini membuka ruang untuk mereka kembali bersama, Jay hanya menyerahkan soal jodohnya pada ketentuan yang Maha Esa.

“Nombor satu kalau ditanya adakah dengan berdamai itu untuk tutup kes (kemelut), itu memang betul. Bagi saya berkaitan hal peribadi, dua-dua melakukan kesalahan. Apabila menjadi pengetahuan umum, kita sudah tidak boleh nak salahkan orang untuk berkata apa-apa.

“Namun untuk menyatakan kami bakal kembali bersama, itu saya tidak mahu fikir kerana terlalu jauh ke depan. Ketika ini saya lebih pada proses berdamai dan rasa tenang hati. Kalau selebihnya saya serahkan pada Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Jay menjadi sorotan selepas bekas isterinya mendakwa pelakon itu melakukan mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan selain meminta dia menggugurkan kandungan.

Malah, Fatimah Azzahra juga mendakwa Jay culad dalam membayar nafkah selama bergelar isteri kepada pelakon itu.

Susulan itu, Jay meminta bekas isterinya itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang tertulis di dalam notis tuntutan selepas mendakwa wanita tersebut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah

Jay dan Fatimah Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan mengumumkan perceraian mereka pada 30 November lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya