BENTONG: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya satu kajian dijalankan untuk meluruskan laluan Sungai Bentong yang terletak berhampiran kawasan rumah penduduk di Kampung Karak Setia, di sini. Titah baginda, kedudukan sungai yang berselekoh menyebabkan air sungai melimpah keluar setiap kali hujan lebat sekali gus mengakibatkan banjir. “Saya perhati kampung ini terletak di selekoh Sungai Bentong, mungkin kena buat satu projek untuk luruskan sungai supaya tidak berbentuk ‘L’. “Sebab apabila ada bentuk ‘L’ itulah yang menyebabkan air bertakung. Jadi, perlu kaji untuk jangka masa panjang,” titah baginda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya