Kaji luruskan Sungai Bentong - Al-Sultan Abdullah 

Kaji luruskan Sungai Bentong – Al-Sultan Abdullah 

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia, Karak, Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya satu kajian dijalankan untuk meluruskan laluan Sungai Bentong yang terletak berhampiran kawasan rumah penduduk di Kampung Karak Setia, di sini.

Titah baginda, kedudukan sungai yang berselekoh menyebabkan air sungai melimpah keluar setiap kali hujan lebat sekali gus mengakibatkan banjir.

“(Untuk Kampung Karak Setia), saya perhati kampung ini terletak di selekoh Sungai Bentong, mungkin kena buat satu (projek untuk) luruskan sungai supaya tidak berbentuk ‘L’. 

“Sebab bila ada bentuk ‘L’ itulah yang menyebabkan air bertakung. Jadi, perlu kaji untuk jangka masa panjang,” titah baginda ketika berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Karak Setia, di sini, hari ini. 

Baginda turut mengingatkan mangsa yang terjejas untuk bersabar dengan kejadian yang berlaku selain menganggap ia sebagai satu rahmat bagi mengenal pasti kekurangan yang ada di kawasan tersebut. 

Titah baginda, antaranya adalah sungai yang cetek dan perlu diperdalam bagi mengelak air sungai dari melimpah ke tebing. 

“Tadi kita dengar (taklimat) pegawai daerah  untuk tinggikan ban di Sungai Bentong dan akan ada projek tebatan banjir, difahamkan (bernilai) RM300 juta. 

“Saya ingat itu (ban) mungkin dapat mengurangkan kesan daripada banjir besar namun saya masih lagi dengan pendapat saya iaitu Sungai Bentong atau sungai mana sekali pun perlu didalami, lebih-lebih lagi apabila kita buat ban atau apa-apa tebatan sekali pun. Ini akan mengurangkan tekanan kepada projek-projek (tebatan) baharu ini,” titahnya baginda. 

Hujan lebat berterusan sejak Selasa lalu mengakibatkan banjir melanda kawasan Kampung Karak Setia yang menjejaskan 49 buah keluarga melibatkan 150 orang mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya