Kadar zakat fitrah Terengganu RM10, RM21

Kadar zakat fitrah Terengganu RM10, RM21

SHAIKH Harun Shaikh Ismail (dua dari kiri) menunjukkan kadar zakat fitrah bagi 2025 selepas Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Zakat Asnaf Fakir Miskin Sempena Ramadan Tahun 1446H/2025M di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menetapkan dua kadar zakat fitrah bagi umat Islam iaitu tidak kurang RM10 dan RM21 seorang pada tahun ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, penetapan dua kadar bayaran zakat fitrah itu adalah mengikut jenis beras yang dimakan setiap hari.

“Kategori pertama ialah tidak kurang  RM10 bagi mereka yang menggunakan beras tempatan biasa. Ini berdasarkan harga jualan beras fitrah bagi gred pertengahan iaitu jenis Beras Super Import @ Beras Siam dijual dengan kadar RM10 segantang atau RM2.60 sekilogram mengikut harga purata beras.

“Kadar zakat fitrah bagi individu yang menggunakan beras premium seperti Basmathi pula adalah RM21 seorang,” katanya selepas Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Zakat Asnaf Fakir Miskin Sempena Ramadan Tahun 1446H/2025M di sini, hari ini.

Seramai 28,829 orang menerima bantuan sempena Ramadan kali ini melibatkan peruntukan sebanyak RM15,493,100.

Beliau berkata, seramai 998 amil zakat dilantik di seluruh Terengganu sepanjang Ramadan tahun ini bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah.

Sementara itu, beliau berkata, pada tahun lalu, kutipan zakat di Terengganu ialah sebanyak RM275.9 juta iaitu peningkatan sebanyak 8.1 peratus berbanding tahun 2023.

“Kutipan zakat tertinggi ialah zakat pendapatan iaitu RM146.14 juta diikuti zakat perniagaan (RM64.13 juta) dan zakat wang simpanan (RM40.04 juta),” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya