Kadar zakat fitrah Perak RM10, RM16 dan RM27 - Utusan Malaysia

Kadar zakat fitrah Perak RM10, RM16 dan RM27

ZAMRI Hashim mengumumkan kadar zakat fitrah negeri Perak bagi Ramadan tahun ini di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kadar zakat fitrah negeri Perak bagi Ramadan tahun ini ditetapkan RM10, RM16 dan RM27 seorang mengikut jenis serta gred beras yang dimakan.

Kadar RM10 ditetapkan bagi beras pilihan utama untuk individu yang menggunakan beras madani, beras super spesial tempatan dan beras putih super import

Kadar RM16 pula bagi beras pilihan kedua untuk pengguna beras rebusan, beras perang dan beras wangi manakala kadar RM27 bagi beras pilihan ketiga untuk pengguna beras basmathi dan beras pulut.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, Jawatankuasa Fatwa kali ke-236 pada 13 Disember lalu telah mengangkat sembah perakuan kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2025 untuk mendapat perkenan Sultan Perak.

“Titah Sultan Perak telah dibentangkan dan diterima oleh Persidangan majlis hari ini ” katanya pada majlis pengumuman kadar zakat fitrah tahun 2025 di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Aplikasi MAIPk Bestari yang merupakan inovasi digital dalam sistem kutipan zakat fitrah.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, melalui Aplikasi MAIPk Bestari, urusan zakat secara mudah, cepat, dan selamat melalui sistem QR digital, sama ada menerusi amil yang dilantik atau bayaran terus ke MAIPk.

Menurutnya, hanya dengan imbasan QR, pembayar akan dibawa terus ke platform aplikasi yang menyediakan tiga pilihan pembayaran SenangPay, QR Bank dan Tunai Aplikasi

“Bukan sekadar zakat fitrah, sistem ini juga membolehkan pembayar menyertai program wakaf yang menarik dengan lebih mudah hanya serendah RM1 sahaja.

“Dengan pelbagai projek wakaf di MAIPk, sekali gus memberi saham akhirat buat pembayar ” katanya.

Menurutnya, dengan langkah digital ini, kutipan zakat menjadi lebih efisien, telus, dan selamat.

Katanya, MAIPk terus proaktif, seiring dengan negeri-negeri lain dalam memperkenalkan sistem pembayaran zakat tanpa tunai, menjadikan pengalaman berzakat lebih lancar dan menyakinkan.

“Seramai 1,938 amil di seluruh negeri Perak akan menggunakan aplikasi ini dalam kutipan zakat fitrah. Semua bayaran akan terus dikreditkan ke akaun rasmi MAIPk.

“Manakala resit zakat dihantar terus ke e-mel pembayar, memastikan urusan zakat lebih mudah, moden, dan sistematik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya