Kabinet lulus kemasukan Selangor di bawah Akta 672

Kabinet lulus kemasukan Selangor, Pulau Pinang di bawah Akta 672

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri meluluskan kemasukan Selangor dan Pulau Pinang sebagai dua negeri terkini untuk menggunapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, bagaimanapun kelulusan yang diberikan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu lalu itu baru diperingkat keputusan dasar dan memerlukan rundingan lanjut dengan kerajaan di kedua-dua negeri itu.

“Untuk makluman semua, sukacita saya maklumkan yang mana minggu lepas Jemaah Menteri membuat keputusan untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang menerima pakai Akta 672.

“Jadi, sekarang dalam proses rundingan dengan butir-butir terperinci, tetapi keputusan dasar sudah pun diperolehi, Jemaah Menteri mengalu-alukan negeri lain mengambil langkah yang sama supaya kita dapat meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan pembersihan awam di negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hari ini.

Utusan Malaysia pada November lalu melaporkan Selangor menjangkakan untuk memuktamadkan ratifikasi Akta 672 selewat-lewatnya pada awal tahun ini.

Pelaksanaan pengurusan sisa pepejal bersama Kerajaan Persekutuan melalui akta tersebut dijangka mengurangkan kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Kumpulan Darul Ehsan Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM).

Kor Ming turut mengulas isu tapak pelupusan sampah haram dekat Kampung Seri Sentosa, Ijok yang dilapor semakin melebar daripada 20 hektar dalam laporan akhbar ini pada 2022 kepada 52 hektar.

Menurutnya, beliau bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah tersebut dan berbincang bagi melaksanakan langkah pencegahan.

“Itu adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri bagaimana untuk mengambil tindakan pencegahan.

“Selangor di bawah kerajaan negeri, kita mengguna pakai Akta 672 ada tujuh negeri, untuk makluman semua menerusi SW Corp, tahun lepas kami berjaya menutup 2634 tapak pelupusan sampah haram rekod paling tinggi dalam sejarah,” jelasnya.

Tegasnya, beliau berpegang prinsip kebersihan dan berazam memastikan negara ini bersih, indah dan selamat dengan menggembleng segala tenaga untuk membantu mencapai matlamat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya