PUTRAJAYA: Kabinet akan membincangkan mengenai cadangan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam sebarang upacara termasuk di rumah ibadat bukan Islam. Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di sini, hari ini. “(Cadangan garis panduan khusus) itu kita akan bincang di (mesyuarat) Kabinet esok,” katanya. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, cadangan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam, masih dalam proses libat urus bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya