Jurutera lapangan maut kena kipas helikopter terbakar di Bentong

Jurutera lapangan maut kena bilah kipas helikopter terbakar di Bentong

KEADAAN  helikopter jenis Bell 206 Long Rang L4 yang musnah terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Pahang. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang jurutera yang bertugas di lapangan maut selepas helikopter jenis Bell 206 Long Rang L4  terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang merupakan lelaki warga Indonesia dipercayai meninggal dunia selepas terkena bilah kipas helikopter berkenaan. 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, sebaik sahaja menerima maklumat, sepasukan lima anggota dan pegawai ke tempat kejadian dan tiba pada pukul 10.52 pagi. 

“Berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian, sebuah helikopter jenis Bell 206L4 melakukan pendaratan di lokasi untuk tujuan pengisian bahan bakar. 

“Ketika berada di darat semasa melakukan pendaratan, helikopter telah hilang kawalan dan terbalik. Juruterbang helikopter yang juga  lelaki warga Indonesia terselamat manakala seorang lagi lelaki warga Indonesia yang merupakan jurutera telah meninggal dunia ketika berada di kawasan pendaratan disyaki akibat terkena bilah kipas helikopter, ” katanya di sini hari ini. 

Beliau berkata, helikopter terbabit terbakar dan musnah 100 peratus dan tindakan operasi adalah dengan menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya