Juruteknik maut kemalangan empat kenderaan di Marang - Utusan Malaysia

Juruteknik maut kemalangan empat kenderaan di Marang

SEORANG juruteknik maut dalam kemalangan di Kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, semalam. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang juruteknik maut setelah kereta dipandunya terlibat kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan di Kilometer 26.5 Jalan Kuala Terengganu -Kuala Berang di Wakaf Tapai, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, Mohd. Eddy Aziezi Mohd. Shahid,32, yang memandu Proton Wira meninggal dunia di lokasi kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa terbabas lalu dirempuh kenderaan lain.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum kemudiannya dua buah kereta lain berada di belakang gagal  mengelak lalu melanggar kereta mangsa.

“Sebuah lagi kenderaan turut terlibat kemalangan tersebut selepas melanggar serpihan yang bertaburan di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya