Jururawat Malaysia di luar negara lebih dihargai

Jururawat Malaysia di luar negara lebih dihargai

Kementerian Kesihatan perlu meneliti semula penyusunan sistem syif kerja dan memastikan kadar bayaran kerja lebih masa yang lebih setimpal bagi mengurangkan bebanan jururawat. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jururawat Malaysia yang berkhidmat di luar negara mempunyai tahap kepuasan kerja yang tinggi berbanding di negara ini.

Pensyarah Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Soh Kim Lam berkata, ini disebabkan penerimaan penghargaan lebih tinggi yang diberikan terhadap sumbangan mereka dan peluang merawat pesakit memerlukan.

Katanya, ia sekali gus menunjukkan pengiktirafan serta penghormatan pesakit, rakan sekerja dan majikan memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan jururawat.

“Justeru pihak pengurusan dan majikan perlu memastikan jururawat mendapat kepuasan kerja yang sewajarnya. Ini disebabkan pengorbanan serta dedikasi mereka tidak boleh dipandang ringan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan mengenai arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan menetapkan jururawat bekerja secara syif selama 45 jam seminggu berbanding 42 jam ketika ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya