Jumlah keuntungan insurans tumpuan utama Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Jumlah keuntungan insurans tumpuan utama Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah keuntungan syarikat insurans antara isu yang bakal dibangkitkan dan menjadi tumpuan utama di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat persidangan Dewan Rakyat, perkara tersebut terkandung dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan yang akan diajukan oleh Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Kewangan.

Pertanyaan tersebut melihat isu kontroversi melibatkan kenaikan insurans nyawa setiap tahun sejak 2018 dan penyelesaian ke atas pihak swasta daripada menaikkan kadar itu sesuka hati.

Pada sesi sama, Datuk Ku Abd. Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah kerajaan dalam menangani isu geopolitik dan ketidaktentuan
perdagangan dunia.

Ia khususnya kemungkinan kenaikan tarif yang akan  memberi kesan terhadap eksport Malaysia terutamanya ke Amerika Syarikat.

Datuk Seri Mohmed Puzi Sh. Ali (BN-Pekan) pula meminta Menteri Dalam Negeri menjelaskan insiden kemasukan seramai 196 orang etnik Rohingya dari Myanmar di Langkawi baru-baru ini dan tahap kesiapsiagaan dalam pengawalan sempadan perairan negara.

Persidangan Dewan Rakyat kemudian akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya