JOHOR BAHRU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ini berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan merampas sebanyak 7.3 tan dadah yang bernilai RM99.76 juta, tahun lalu. Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya telah menahan 99 ahli sindiket terbabit dari Januari hingga Disember lalu. Katanya, dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 3,653,081 penagih. “Dalam tempoh yang sama, seramai 25,065 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah, pencapaian ketiga tertinggi dalam negara. “Antara kejayaan terbesar JSJN Johor adalah menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan menahan 14 …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya