JPJ perketat pemantauan tayar celup, mahu mewajibkan pelabelan

JPJ perketat pemantauan tayar celup, mahu mewajibkan pelabelan

AZMAN Adam, (kiri) bersama Aedy Fadly Ramli (dua kiri) meneliti tayar-tayar celup yang diproses di sebuah premis di Jalan Meranti Jaya, Taman Industri Meranti Permai, Puchong, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang meneliti pelaksanaan beberapa prosedur tambahan dalam usaha memastikan tayar kenderaan berat di pasaran menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, antara langkah sedang dipertimbangkan termasuk mewajibkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk melabel tayar kenderaan menjalani pemeriksaan bagi memastikan pematuhan terhadap piawaian MS 224.

“Kita akan memperketatkan lagi pemantauan dan pengesahan terhadap tayar celup di pasaran bagi memastikan pengguna tidak mudah tertipu dengan produk yang tidak menepati spesifikasi keselamatan,” katanya ketika sidang akhbar selepas operasi di Jalan Meranti Jaya, Taman Industri Meranti Permai, di sini hari ini.

Operasi berkenaan turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Standard Malaysia (JSM) dan SIRIM.

Dalam serbuan itu, pihak berkuasa turut mengesan beberapa pengilang yang masih menggunakan label yang telah tamat tempoh bagi mengaburi pihak berkuasa dan pengguna.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Pengusaha-pengusaha Lori Tipper Malaysia, Datuk Michael Loo Leep Chye menyuarakan keperluan segera bagi satu kajian menyeluruh terhadap tayar lori dan treler di pasaran. 

Menurutnya, kajian itu penting bagi memastikan kualiti tayar yang digunakan benar-benar selamat, sekali gus mengelakkan kemalangan berpunca daripada pemilihan tayar yang tidak menepati standard.

Tambah beliau, tayar menjadi faktor kedua terbesar dalam kegagalan pemeriksaan Puspakom, dengan kira-kira lapan peratus kenderaan berat gagal ujian setiap tahun daripada purata 2.8 juta pemeriksaan yang dilakukan. 

“Masalah utama yang dikenal pasti dalam pemeriksaan itu adalah sistem brek.

“Tayar-tayar lebih murah itu berada dalam pasaran kerana wujud permintaan daripada pemilik syarikat yang mahu mengurangkan kos operasi mereka.

“Kita mahukan kajian dan penggunaannya perlu dipantau bagi memastikan ia benar-benar selamat digunakan,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya, penggunaan tayar celup tidak dinafikan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha kenderaan berat memandangkan harganya yang jauh lebih murah, sekali gus dikatakan mendominasi 80 peratus pasaran tayar kenderaan perdagangan. 

“Dengan perbezaan begitu ketara sehingga lebih RM500 lebih murah berbanding jenama tempatan mahupun import, maka tidak hairanlah ia menjadi pilihan pengusaha kenderaan perdagangan apabila dapat menjimatkan kos sehingga 60 peratus bagi penukaran sebiji tayar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya