Johor mahu KPDN tangani isu penyelewengan minyak masak paket, RON95

Johor mahu KPDN tangani isu penyelewengan minyak masak paket, RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meningkatkan penguatkuasaan bagi mengatasi isu penyelewengan bekalan minyak masak paket dan bahan api RON95 di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat gesaan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo, di sini.

Katanya, kerajaan negeri serius memastikan hak dan kebajikan rakyat Johor terjaga, yang mana ia selari dengan visi dan misi Maju Johor 2030. 

“Tiga isu utama diberi penekanan iaitu penjualan barangan kawalan tanpa lesen seperti minyak masak paket, tepung dan gula, pemantauan harga semasa musim perayaan serta penjualan RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing.

“Pihak berkuasa akan meningkatkan penguatkuasaan melalui pemantauan berkala dan tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak yang melanggar peraturan,” katanya selepas pertemuan itu.

Tambah Onn Hafiz, pihaknya yakin dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, isu penyelewengan bekalan dikhususkan buat rakyat tempatan akan dapat ditangani dengan lebih berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya