Johari arah Poay Tiong tarik kenyataan dakwa kerajaan Kelantan kejam

Johari arah Poay Tiong tarik kenyataan dakwa kerajaan Kelantan kejam

JOHARI Abdul
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada sidang Dewan Rakyat hari ini mengarahkan supaya seorang ahli Parlimen menarik balik kenyataan yang menyifatkan kerajaan negeri Kelantan sebagai ‘kejam’.

Ketegasan itu selepas Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mendakwa kerajaan Kelantan mengabaikan kebajikan masyarakat Orang Asli yang berdepan aktiviti perlombongan di kawasan mereka.

Arahan Johari itu dibuat beberapa kali selepas wakil rakyat berkenaan enggan menarik balik kenyataan tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan dan kita pun tidak tahu sama ada kerajaan negeri Kelantan terlibat ataupun tidak secara langsung, perkataan kejam itu saya minta untuk tarik balik,” jelas Johari.

Bagaimanapun, Poay Tiong tetap ‘berdegil’ dan menjelaskan kerajaan Kelantan sememangnya ‘kejam’ kerana membiarkan syarikat berkenaan meneruskan aktiviti perlombongan di kawasan terlibat.

Johari kemudiannya masih terus meminta pemimpin DAP itu menarik balik perkataan ‘kejam’.

Poay Tiong akhirnya akur dengan arahan Johari untuk menarik semula kenyataannya itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya