JKM panggil pengusaha Tadika selepas didakwa dera kanak-kanak OKU

JKM panggil pengusaha Tadika selepas didakwa dera kanak-kanak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memanggil pengusaha sebuah Tadika yang didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

JKM berkata, pegawai diberi kuasa (PDBK) JKM Selangor mendapati premis berkenaan berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai Tadika menerusi perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Menurutnya, tadika tersebut turut didapati menjalankan kelas Program Intervensi Awal (EIP) untuk kanak-kanak OKU.

“Hasil pemeriksaan juga turut mendapati Tadika tersebut menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah yang sepatutnya tidak dibenarkan kerana premis tidak didaftarkan sebagai Taska.

“JKM telah mengeluarkan notis larangan beroperasi kepada pengusaha Tadika tersebut kerana kesalahan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

“Pihak JKM juga meminta pengusaha Tadika untuk hadir ke pejabat JKM Selangor bagi mendapatkan maklumat susulan berkaitan kes ini. Kes ini juga telah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, ibu kepada kanak-kanak OKU itu, Munirah Salamat meluahkan perasaan kecewanya selepas anaknya menjadi mangsa dera.

“Pada awalnya kami cuba berbaik sangka bila berlaku kecederaan sekali dua. Setiap kali terjadi sesuatu yang mencurigakan, saya akan ambil dan simpan gambar Anaqi.

Kenapa saya bersangka baik? Sebab salah seorang penjaga mempunyai anak sindrom down juga tetapi seperti kata pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’. Alasan demi alasan setiap kali terjadi sesuatu. CCTV (kamera litar tertutup)? Bak kata pengurusan, tidak berfungsi.

“Lagi kami kecewa sebab pengurusan adalah dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down. Mereka memilih untuk berpihak kepada pelaku daripada membela nasib anak-anak ini.Mereka berselindung di sebalik persatuan,” luahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya